PPM-MTA          > PERIHAL PPM

PERIHAL PPM

PENGENALAN
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) ialah sebuah badan profesional sukarela yang ditubuhkan di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979. Sejak penubuhannya, ia telah mengaktifkan kegiatan yang berkaitan dengan penterjemahan secara kolektif di kalangan penterjemah/jurubahasa dan editor profesional di seluruh negara. Sehingga kini, seramai lebih daripada 1,200 orang penterjemah/jurubahasa dan editor profesional dari pelbagai bidang telah menganggotai PPM.

TUJUAN
Antara tujuan asas PPM termasuk:

Mempererat dan memperkukuh kerjasama di antara para penterjemah demi memperbaik dan meningkatkan mutu terjemahan mereka.

Memberi sumbangan positif terhadap usaha untuk memperbanyak bahan bacaan dalam Bahasa Melayu yang meliputi semua bidang ilmu.

 

Submenu