Kursus Diploma Penterjemahan Profesional PPM-DBP
Objektif Kursus PPM mengadakan rancangan ini untuk menyelesaikan beberapa masalah yang dihadapi oleh rakyat negara kita yang berminat dalam bidang ini. Walaupun beberapa institusi pengajian tinggi telah mengajarkan kursus ini, tetapi ia hanya boleh diikuti oleh peserta tertentu. Rancangan Kursus PPM-DBP memberikan peluang kepada para penterjemah atau bakal penterjemah mempelajari sains terjemahan dengan lebih mendalam dan sistematik.
Keistimewaan Antaranya, rancangan Kursus PPM-DBP dijalankan mengikut sistem modul. Oleh itu, para peserta boleh mengikut modul yang sesuai dengan keperluan mereka. Hal ini bermakna, bagi setiap modul, teori dan latihan amali yang diajarkan disediakan dengan teliti mengikut sukatan kursus modul-modul tertentu. Rancangan Kursus PPM-DBP juga menawarkan sukatan kursus yang dipadankan dengan teliti mengikut sukatan kursus yang dipadankan dengan yuran dan keperluan peserta atau badan-badan penganjur (sesi khas).
Modul yang disediakan
Rancangan Modul PPM-DBP adalah seperti berikut: Modul 1: Terjemahan Sains dan Teknik Modul 2: Terjemahan Komunikasi Massa (Am) Modul 3: Terjemahan Skrin Modul 4: Penyuntingan Terjemahan Modul 5: Terjemahan Undang-Undang Modul-modul lain boleh disediakan mengikut permintaan dan keperluan.
Tenaga Penggerak Kursus
Penasihat : Y. Bhg. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, PPM Ketua Pengarah, Dewan Bahasa dan Pustaka
Pengarah : Dr. Hasuria Che Omar
Pendaftar : Puan Sa’odah Abdullah
Penolong Pendaftar: Puan Hajah Nor Azmah Shehidan
Setiausaha : Puan Hajah Fatimah Zainal
Bendahari : Encik Abdul Nasir Mohd. Razali
Penyelaras / Tenaga Pengajar:
Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan Prof. Madya Abd. Aziz Hussin Prof. Dr. Ariffin Samsuri Prof. Madya Dr. Nik Abd. Aziz Nik Sulaiman Dr. Wan Amizah Wan Mahmud Dr. Hasuria Che Omar Dr. Fadilah Jasmani Puan Hajah Zaiton Ab.Rahman Puan Atiah Hj. Salleh Puan Norwati Md. Yusof Dr. Dahlina Daut Mohmud Puan Sa'odah Abdullah Puan Hajah Ramlah Muhamad Puan Hajah Fatimah Zainal Puan Hajah Puteri Rashidah Megat Ramli Puan Intan Safinaz Zainudin Encik Muhammad Razin Ong Abdullah Puan Norzakiah Abd. Hamid Puan Nurul Nuriah Muhd. Yusof Dr. Raja Masittah Raja Ariffin Puan Hajah Azizah Md. Hussain
Tenaga Pengajar / Pembimbing Pemegang Diploma Penterjemahan, Universiti Malaya; Pensyarah teori dan praktik terjemahan dari universiti tempatan; Pensyarah bidang-bidang modul yang berkenaan; Editor buku terjemahan / Pegawai Perancang Bahasa Dewan Bahasa dan Pustaka, pakar bidang dan sebagainya.
Sukatan Kursus Teori
Kajian Semantik: - Makna Am - Makna Khas - Makna Figuratif - Makna Rujukan - Makna Konotasi - Makna Nahu - Perbandingan makna berasaskan nahu
Kajian Morfologi dan Sintaksis: - Kata Am - Kata Istilah - Homonimi - Polisemi - Perbandingan Struktur Ayat - Laras Bahasa
Konsep-Konsep Asas Teori Terjemahan: - Definisi Terjemahan, Prinsip & Asas Penterjemahan - Terjemahan Formal - Terjemahan Dinamik - Kaedah Penterjemahan - Proses Penterjemahan
Kajian Budaya: - Pengalaman Budaya - Perbezaan Budaya - Peminjaman Budaya - Pengaruh Budaya - Fokus Budaya
Kaedah/Teknik Penterjemahan: - Persamaan Sejadi / Terdekat - Jenis Teks - Peranan Konteks - Pinjam Terjemah - Pemampatan Makna - Penyebaran Makna - Makna Khas ke Makna Am - Makna Am ke Makna Khas - Frasa Penjelas - Menterjemah Kolokasi - Menterjemah Metafora - Menterjemah Istilah Am - Menterjemah Istilah Khas - Pemilihan Kata Istilah - Menterjemah Perbezaan Budaya - Menterjemah Perlambangan - Pemilihan Laras Bahasa
Diploma Diploma akan dianugerahkan kepada peserta yang mencapai tahap kehadiran minimum 80%, melaksanakan segala tugasan dan lulus peperiksaan Teori dan Amali penterjemahan.
Yuran kursus Ahli PPM : RM1100.00
Bukan Ahli PPM : RM1200.00
(Tertakluk kepada pindaan yang dibuat berdasarkan bilangan peserta dll. Deposit sebanyak RM100.00 boleh dibayar untuk menempah tempat. Bayaran hendaklah dibuat atas nama "Persatuan Penterjemah Malaysia" )
Tempoh/masa kursus Kursus biasa diadakan selama lebih kurang 6 bulan (60 jam). Masa Kursus sesi biasa ialah jam 2.00 - 5.00 petang (setiap hari Sabtu, kecuali cuti am dan cuti Sabtu pertama). Walau bagaimanapun, bagi sesi khas tempoh dan masa boleh diubahsuaikan.
Tempat kursus : Berdasarkan bilangan peserta, kursus akan dijalankan di salah satu tempat berikut:
1. Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
2. Bilik Kuliah PPM, 171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur.
3. Tempat yang ditetapkan oleh penganjur.
Alamat Perhubungan : Persatuan Penterjemah Malaysia Dewan Bahasa dan Pustaka d/a 171-A, Tingkat 1, Jalan Maharajalela 50150 Kuala Lumpur Tel./Faks : +6 03 2142 4381
Submenu
|