|
|
|
|
| PPM-MTA > KEAHLIAN |
KEAHLIAN
SOALAN LAZIM
Bagaimanakah saya boleh menjadi ahli?
- Isi borang keahlian
- Syaratnya mesti ada diploma atau ijazah dalam bidang penterjemahan
- Bagi yang tiada, perlu mengambil kursus diploma atau ijazah dalam bidang penterjemahan dahulu. Kemudian, boleh memohon keahlian.
Apa Faedah menjadi ahli?
- Ahli boleh mengikuti persidangan, seminar, bengkel dsb. (mengenai penterjemahan) dengan kadar kos yang lebih murah
- Ahli boleh membuka syarikat sendiri atau bekerja sebagai penterjemah bebas dan hasil terjemahan ahli diendors/diperakui sah oleh PPM selaku pertubuhan yang diiktiraf.
- Ahli boleh mendapat Berita Penterjemah dan Jurnal Penterjemah percuma
- Apa-apa juga bahan untuk diterjemah yang diterima melalui PPM akan diagih-agihkan kepada ahli berdasarkan bidang dan kemampuan ahli dari segi masa.
Berapakah Yuran Keahlian (Tahunan /Ahli Seumur Hidup)?
- Yuran Tahunan : RM 100 (RM 50 = Wang pendaftaran; RM 50 = Yuran Tahunan), bayaran perlu dibuat setiap tahun = RM50
- Yuran Ahli Seumur Hidup : RM 300 (RM 50 = Wang pendaftaran; RM 250 = Yuran Keahlian Seumur Hidup) dibayar sekali sahaja.
Bagaimana Borang Keahlian boleh didapati?
- Diedarkan kepada peserta Kursus Diploma Penterjemahan PPM–DBP pada hari konvokesyen.
- Bagi yang bukan peserta kursus PPM-DBP, boleh minta borang keahlian di pejabat persatuan.
|
|
|
|
|
|
|