PPM-MTA          > BERITA PPM

BERITA PPM

 

 

Berita PPM

Syarahan Perdana dan Majlis Penyampaian Diploma 2009

Persatuan Penterjemah Malaysia akan mengadakan Hari Penyampaian Diploma kepada peserta kursus dalam tahun 2009 pada pukul 11.00 pagi, hari Sabtu 7 November 2009 di Hotel Melia, Jalan Imbi, Kuala Lumpur.
Diploma akan disampaikan oleh Puan Ainon Mohd. Puan Ainon adalah Pengasas dan Pengerusi, Syarikat PTS Publications and Distributors Sdn. Bhd., sebuah syarikat penerbitan yang berjaya menerbitkan buku karya asli dan terjemahan.
Beliau juga adalah bekas Ketua Bahagian Terjemahan di Dewan Bahasa dan Pustaka, sebelum meletakkan jawatan bagi memulakan PTS. Semasa bertugas dalam Bahagian Penterjemahan, beliau mengasaskan Kursus Persatuan Penterjemah Malaysia - DBP dan juga kemudian idea penubuhan Biro Terjemahan Negara yang kemudiannya menjadi ITNM.
Puan Ainon juga akan menyampaikan Syarahan Perdana bertajuk Masa Depan Industri Terjemahan Buku di Malaysia kepada ahli PPM, penterjemah bebas dll. dalam Majlis tersebut.
Kepada ahli yang ingin menghadiri Syarahan ini sila hubungi Puan Suzana Saari di pejabat PPM.
Telefon 03-21424381, atau melalui telefon bimbit beliau 0122811814. Bukan ahli yang berminat turut diundang dengann bayaran RM30/- seorang.

 

 

Atur Cara Majlis

 

10.30 pagi  :  Ketibaan Ahli dan Pendaftaran

 

10.45 pagi  :  Ketibaan Tokoh Undangan

 

10.50 pagi  :  Bacaan Doa

 

11.00 pagi  :  Pembuka Bicara dan Pengenalan Tokoh oleh

                        Tuan Syed Nurulakla Syed Abdullah,

                        Pengerusi JK Forum, Ceramah dan Bengkel, PPM

 

11.10 pagi  :  Syarahan Perdana Penterjemahan Oleh

                        Puan Hajah Ainon Mohd.,

                        Pengerusi,

                        PTS Publications and Distributions Sdn. Bhd.

 

12.30 t/hari:  Jamuan Makan Tengah Hari

 

11.10 pagi   :  Kalungan Penghargaan Oleh

                    Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan,

                         Presiden PPM

 1.00 ptg.     :  Penyampaian Diploma Penterjemahan Profesional PPM-DBP

                          kepada Para Lulusan:-

 

                           i.  Sesi Biasa Modul Komunikasi Massa 4/2008

 

                           ii. Sesi Khas Modul Undang-Undang 1/2009

 

                      :  Sesi Bergambar

 

                      :  Bersurai

 

 

Persatuan Penterjemah Malaysia telah menaik taraf Jurnal  Penterjemah

Persatuan Penterjemah Malaysia telah menaik taraf Jurnal  Penterjemah, jurnal rasmi PPM yang mula diterbitkan sejak 1987, hasil sebuah bengkel menaik taraf jurnal penterjemah yang diadakan pada 14 Februari 2009 di Hotel Quality City Centre, Kuala Lumpur. Terbitan 2009 yang memperlihatkan wajah baru dan merupakan Isu Khas 30 Tahun PPM telah dilancarkan pada 18 Ogos 2009 oleh Prof. Ahmad Shukri Mustafa Kamal, Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Akademik & Antarabangsa, USM sempena Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12 di Pulau Pinang.  Bengkel sehari tersebut yang dibimbing oleh Encik Roosfa Hashim (UKM) selaku penceramah dan fasilitator bengkel, dihadiri oleh Puan Norwati Mohd Yusof (UKM), Ketua Biro Penerbitan PPM yang menjadi Ketua Editor, Puan Hajah Zaiton Ab Rahman, Dr Fadilah Jasmani, Dr. Dahlina Daut Mohmud, Encik Muhammad Razin Ong Abdullah, Dr. Hasuria Che Omar (USM), Tuan Syed Nurulakla Syed Abdullah (UPM), Dr Norizah Ardi (UiTM), Puan Fatimah Zainal, Puan Sa'odah Abdullah (Urus Setia) dan Puan Nur Suzana Saari (Urus Setia).  Sebuah Lembaga Penasihat Antarabangsa akan dilantik di bawah Ketua Lembaga Penasihat, Y.Bhg Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan, Presiden PPM. 

 

 

Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Ke-12 (PPA-12), 2009

PPA-12 telah berlangsung dengan berjayanya pada 18-20 Ogos 2009 di Hotel Park Royal Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia  bertindak sebagai tuan rumah bersama-sama dengan penganjur bersama PPM, ITNM dan DBP. Seramai lebih kurang 300 peserta (yang termasuk Pembentang Undangan/Pembentang Kertas Kerja) daripada kira-kira 24 buah negara iaitu Afrika Selatan, Australia, Belanda, Brunei Darussalam, China, Finland, Hungary, Indonesia, Itali, Ireland, Iran, Jepun, Jerman, Korea Selatan, Malaysia, Nigeria, Oman, Perancis, Saudi Arabia, Sepanyol, Singapura, Slovenia, Thailand dan Turki dan anggota jawatankuasa telah hadir untuk ikut serta dan sebanyak lebih 120 kertas kerja yang mencakup 18 skop/bidang terjemahan telah dibentang.  Beberapa Pembentang Undangan dari dalam dan luar negara telah merancakkan lagi persidangan kali ini, antaranya Prof. Anthony Pym (Sepanyol), Marion Boers (Afrika Selatan & Presiden FIT), Dr. Monique Zaini-Lajoubert (CNRS Perancis), Ainon Mohd (PPM & PTS Publications) dan Dato' Zawiah Baba (Mantan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara).  PPM sendiri mengundang khusus Puan Marion Boers, Presiden Gabungan Penterjemah Antarabangsa (FIT) yang memperkatakan tentang Akreditasi - Pengalaman Afrika Selatan.  Majlis Penutupan Rasmi PPA-12 telah disempurnakan oleh Y.B. Dato' Saifuddin Abdullah, Timbalan Menteri Pengajian Tinggi.  PPA-13 yang dijadualkan akan diadakan pada tahun 2011 telah disambut oleh UiTM selaku tuan rumah yang akan datang. 

 

Mesyuarat Agung Tahunan PPM Ke-28

Mesyuarat Agung Tahunan PPM Ke-28 akan diadakan pada 21 November 2009(Sabtu) di Hotel De Palma Ampang, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Mesyuarat dimulakan dengan makan tengah hari jam 12.00 tengah hari. Semua ahli PPM di jemput hadir.  Notis Mesyuarat dan Borang Pencalonan Ahli Majlis PPM bagi 2009/2011 sedang diuruskan.

  

Maklumbalas anda dialu-alukan...

Jawatankuasa Publisiti dan Seranta PPM akan memperbaharui dan mengemaskinikan maklumat dalam laman web ini dari semasa ke semasa. Bagi menjayakan misi ini, maklum balas, input maklumat, komen dan cadangan daripada ahli-ahli  Persatuan Penterjemah Malaysia amat dialu-alukan, segala  bantuan dan sokongan anda akan dihargai. Salam hormat daripada  Encik Cheok Tek Huat, Ketua Jawatankuasa Publisiti dan Seranta  Sesi 2007/2009  emel: thcheok@gmail.com
  

 

 

Submenu