PPM-MTA

Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan Presiden/President
Persatuan Penterjemah Malaysia (PPM) atau Malaysian Translators Association (MTA) ditubuhkan dan didaftarkan pada 4 Oktober 1979 di bawah naungan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Dewan Bahasa dan Pustaka adalah sebuah badan berkanun di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia yang dipertanggungjawabkan bagi membina dan megembangkan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia.
Dengan penubuhan PPM, dapatlah segala kegiatan yang berkaitan dengan penterjemahan diaktifkan dan dilaksanakan secara kolektif, terselaras dan sistematik dalam kalangan penterjemah, jurubahasa dan editor profesional di seluruh negara.
Sehingga kini, PPM mempunyai seramai lebih daripada 1,200 orang ahli. Mereka terdiri daripada penterjemah, jurubahasa, editor profesional dari pelbagai bidang, para pensyarah bidang yang berkaitan, penerbit dan penulis.
Salah satu kesimpulan yang dibuat dalam Persidangan Penterjemahan Antarabangsa Kesebelas pada bulan November 2007 ialahA penterjemahan adalah semakin penting sebagai sumber mengimport dan menyebarkan maklumat dan ilmu dalam dunia tanpa sempadan, khususnya di Malaysia yang sedang membangun. Justeru, PPM akan mempergiat usaha ke arah ini.
PPM juga akan mengusahakan penterjemahan laman web rasmi ini ke dalam bahasa Inggeris, supaya dapat dimanfaatkan oleh semua pihak yang berminat dari seluruh dunia.
PPM mengalu-alukan segala bentuk cadangan daripada para ahli khususnya dan orang awam amnya bagi meningkatkan dan menambahbaikkan laman ini.
Abdullah Hassan
|